Keputusan pilihan raya Pilihan_raya_umum_Malaysia_1978

Sebagaimana yang dijangka, Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.

Dengan kemenangan Barisan Nasional sebanyak 130 kerusi daripada 154 kerusi dalam Dewan Rakyat, iaitu kurang lima kerusi berbanding pencapaian dalam pilihan raya 1974, ini masih merupakan 84.4% daripada jumlah kerusi dalam Dewan Rakyat, satu pencapaian yang jauh melebihi majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk membentuk kerajaan. Jumlah undi sebanyak 57.2% juga merupakan satu penurunan berbanding 60.7% yang dicapai pada tahun 1974. Ini mungkin disebabkan oleh keputusan PAS untuk menarik diri daripada penyertaannya dalam Barisan Nasional.

Bagaimanapun, PAS hilang kubu lamanya di negeri Kelantan buat pertama kali sejak kemerdekaan kepada gabungan UMNO-Berjasa. Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 42.8% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 24 kerusi yang tinggal. Berdasarkan keputusannya, Lim Kit Siang daripada DAP mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.

Berkaitan